Pelbagai Pilihan Jeruk Istimewa

Pelbagai Pilihan Jeruk Istimewa
Pilihan Jeruk Istimewa

Isnin, 3 Oktober 2011

Berkunjunglah ke Kiosk Jeruk Madu Penang Nur Kasih






Salam untuk semua pelawat blog ini.

Disini saya lampirkan gambar kiosk kami yang terletak di TJ Mart Saleng Kulai.
Untuk makluman semua, kiosk ini terletak di bahagian laluan pasar basah kompleks tersebut.

Jika ada kelapangan, silalah singgah ke kiosk kami.

Jumpa nanti ya..

Selasa, 27 September 2011

Melayu ohh..Melayu..

Salam untuk semua pelawat blog ini.

Kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang sikap bangsa melayu.
Sikap melayu yang tidak pernah berubah ialah dengki dan iri hati sesama sendiri. Sikap buruk itu terbawa-bawa sehingga kini, ia menjadi penghalang akan kemajuan melayu. Sukar untuk maju jika sikap itu tidak dapat diatasi. Pantang jika ada melayu yang maju, ada sahaja yang hendak mencantas. Tidak terfikirkah melayu itu sendiri bahawa sikap itu akan merosakkan bangsanya.


Satu pihak akan berasa dengki sekiranya satu pihak yang lain mencapai kemenangan. Akhirnya pelbagai taktik kotor dibuat untuk menjatuhkan satu sama lain, termasuk fitnah menfitnah, rasuah dan ada yang sampai peringkat lebih dahsyat daripada itu seperti pembunuhan dan seumpamanya. Sekiranya penyakit ini tidak dibendung, ia akan membawa kepada hasad dengki dan dendam yang tidak berkesudahan. Sudah tentulah jika keadaan ini wujud, ia akan merugikan semua pihak.

Dan, inilah yang dikatakan hasat dengki sesama Melayu. Melayu lemah kerana masing-masing tidak boleh melihat ada Melayu yang lebih baik daripada mereka
Kata pantun lama:

Anak raja memikul kayu,
Kayu dipikul buat titian,
Satu saja salah bangsaku,
Sama sendiri berdengki-dengkian.

Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani:

"Mengapa kamu dengki kepada orang lain, wahai insan? Dengkikah kamu kepada apa yang telah diberikan Allah kepadanya? Apa yang ada padanya itu adalah sebenarnya kurniaan Allah jua. Oleh itu, kenapa dengki? Jika kamu dengkikan dia kerana bimbangkan bahagian kamu, maka kamu adalah jahil kerana apa yang telah diberikan kepada kamu, tidak akan lesap ke tangan orang lain."

Inilah Melayu bangsaku...

Hasad dengki satu sifat keji yang bahaya kepada diri dan masyarakat. la bermakna diri tidak senang apabila orang lain mendapat nikmat dan mengharapkan nikmat itu luput. Akibat daripada hasat dengki ialah:

* Diri yang dikuasai oleh perasaan itu akan menderita hidupnya. Dia panjang angan-angan mencari jalan bagaimana kebaikan yang ada pada diri orang yang didengkinya itu akan dihilangkan dan dipindahkan kepada dirinya. Dalam mencari helah itu dia tidak dapat tidur dengan nyenyak, kurang selera makan dan hatinya sentiasa gelisah sehingga nikmat yang ada terlucut daripadanya.

* Orang yang hasad itu dimurkai Allah kerana dia tidak redha dengan ketentuan Allah terhadap diri seseorang. Dia memprotes Tuhan kerana memberikan nikmat dan kesenangan kepada orang lain, tidak kepada dirinya.

* Kerana sikapnya yang buruk itu, Allah menghapuskan pahala kebajikan yang pernah dilakukannya. Ini dapat difahami menerusi hadis Rasulullah SAW., maksudnya: "Hasad itu memakan pahala amal-amal kebajikan sebagaimana api memakan kayu yang kering."

Bagi mangsa yang menjadi sasaran pendengki ini disarankan supaya bertenang dan teruskan saja usaha-usaha murni serta kehidupan. Hendaklah lebih bersopan santun selain berwaspada supaya tidak terjerumus ke dalam perangkap dipasang oleh pendengki. Jangan pula dibalas, kecuali untuk mempertahankan diri daripada binasa.

Jika hendak balas pun perbuatan pendengki itu biarlah mengikut perpatah dan pesan orang tua-tua: "Ular dipukul biar mati, kayu pemukul jangan patah, tanah dipukul jangan lekuk."

Kepada mereka yang selalu bersifat pendengki seperti ini, elok diberi peringatan bahawa ideologi pendengki yang mereka bawa itu akan memusnahkan bangsa Melayu.

Khamis, 15 September 2011

Roselle....Sejuta Khasiat.



Salam untuk semua.

Bagi peminat asam manis buah roselle, kini ada di jual di kiosk kami di Jeruk Madu Nur Kaseh TJ MART Kulaijaya, kepada pengemar atau mereka yang tercari-cari asam buah roselle silalah berkunjung ke Kiosk kami untuk merasainya atau membuat tempahan melalui online.

Antara khasiat buah roselle :

Anti penuaan















































Roselle mampu membuatkan pengamalnya kelihatan berseri dan awet muda kerana
kandungan Vitamin C yang tinggi dan berserat melambatkan proses penuaan yang disebabkan
oleh aktiviti kerosakan tisu dan sel tubuh badan oleh radikal bebas.


























Mencegah Penyakit Jantung














































Penyakit jantung dianggap “silent killer” dan merupakan pembunuh nombor satu di dunia.
Roselle mampu mencegah pembentukan dan penebalan LDL (lemak tidak baik) di bahagian
arteri jantung dan mengelakkan juga dari terjadinya penyakit darah tinggi.

























Mencegah Kanser















































Kanser disebabkan pemakanan dan persekitaran yang terdedah kepada keracunan yang tinggi.
Kandungan Vitamin C dan serat yang tinggi di dalam Roselle bersifat anti-oksida dan anti-kanser.































Merawat Demam Panas














































Mereka yang sering mengalami demam panas seeloknya mengamalkan Roselle kerana Roselle
bersifat sejuk dan mampu menurunkan suhu badan yang tinggi. Selain itu Roselle juga
meningkatkan antibodi seseorang.





























Penawar Resdung dan Alahan














































Bagi mengatasi masalah resdung (alergi) dan alahan (asma) anda bolehlah mengamalkan Roselle







































Stress dan Sukar Tidur














































Stress boleh dirawat dengan mengamalkan Roselle yang berupaya menurunkan suhu badan
dan mempengaruhi mood pesakit

Ahad, 11 September 2011

Tempahan Kini Dibuka





Salam..

Jeruk Madu Nur Kaseh kini membuka kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan sempena majlis perkahwinan, hari jadi dan majlis lain. Hidangkan lah tetamu anda dengan jeruk madu penang istimewa kami . Terdapat juga pelbagai pilihan Manisan serta Asam yang pasti membuat tetamu anda terliur. Jika anda inginkan kelainan sempena majlis bersejarah anda, silalah hubungi kami 2/3 minggu sebelum majlis diadakan.

Sila Hubungi saya di talian 019-7275295 untuk tempahan atau pertanyaan lanjut.

Khamis, 8 September 2011

Sedapnya Jeruk Penang




Jeruk Madu Penang kini menjadi pilihan ramai penggemar jeruk, ini berikutan rasanya yang pelbagai,tidak mendatangkan batuk dan sedap untuk dimakan. Untuk memudahkan anda merasai kelazatanya, anda tidak perlu lagi pergi jauh-jauh ke negeri Pulau Pinang, kami Syarikat SILVER TECH SUPPLY bersedia membekal dan membawakan khas untuk anda merasai kelazatanya.

Dengan mengunakan jenama JERUK MADU NUR KASEH, anda kini boleh memilih lebih 20 jenis jeruk madu yang anda gemari dan boleh di campur mengikut kesukaan dan pilihan anda.Terletak di TJ Mart Kulai, berhampiran dengan pasar segar, Kiosk kami juga turut menjual pelbagai jenis manisan gula-gula seperti String Gummy,Jelly, Marshmellow, coklat dan lain-lain. Tidak ketinggalan pelbagai jenis asam seperti asam jambu, epal, limau, asam manis, anggur dan banyak lagi yang pasti membuat anda terliur melihatnya. yang pastinya harganya amat berbaloi untuk anda.

Oleh itu berkunjunglah ke kiosk kami untuk melihat dan merasai kesedapanya. Anda juga dialu-alukan untuk membuat tempahan secara online.Kami juga bersedia untuk menerima tempahan majlis kenduri kahwin, hadiah dan sebagainya.

Rasa sekali...pasti nak lagi....