Salam untuk semua pelawat blog ini.
Kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang sikap bangsa melayu.
Sikap melayu yang tidak pernah berubah ialah dengki dan iri hati sesama sendiri. Sikap buruk itu terbawa-bawa sehingga kini, ia menjadi penghalang akan kemajuan melayu. Sukar untuk maju jika sikap itu tidak dapat diatasi. Pantang jika ada melayu yang maju, ada sahaja yang hendak mencantas. Tidak terfikirkah melayu itu sendiri bahawa sikap itu akan merosakkan bangsanya.
Satu pihak akan berasa dengki sekiranya satu pihak yang lain mencapai kemenangan. Akhirnya pelbagai taktik kotor dibuat untuk menjatuhkan satu sama lain, termasuk fitnah menfitnah, rasuah dan ada yang sampai peringkat lebih dahsyat daripada itu seperti pembunuhan dan seumpamanya. Sekiranya penyakit ini tidak dibendung, ia akan membawa kepada hasad dengki dan dendam yang tidak berkesudahan. Sudah tentulah jika keadaan ini wujud, ia akan merugikan semua pihak.
Dan, inilah yang dikatakan hasat dengki sesama Melayu. Melayu lemah kerana masing-masing tidak boleh melihat ada Melayu yang lebih baik daripada mereka
Kata pantun lama:
Anak raja memikul kayu,
Kayu dipikul buat titian,
Satu saja salah bangsaku,
Sama sendiri berdengki-dengkian.
Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani:
"Mengapa kamu dengki kepada orang lain, wahai insan? Dengkikah kamu kepada apa yang telah diberikan Allah kepadanya? Apa yang ada padanya itu adalah sebenarnya kurniaan Allah jua. Oleh itu, kenapa dengki? Jika kamu dengkikan dia kerana bimbangkan bahagian kamu, maka kamu adalah jahil kerana apa yang telah diberikan kepada kamu, tidak akan lesap ke tangan orang lain."
Inilah Melayu bangsaku...
Hasad dengki satu sifat keji yang bahaya kepada diri dan masyarakat. la bermakna diri tidak senang apabila orang lain mendapat nikmat dan mengharapkan nikmat itu luput. Akibat daripada hasat dengki ialah:
* Diri yang dikuasai oleh perasaan itu akan menderita hidupnya. Dia panjang angan-angan mencari jalan bagaimana kebaikan yang ada pada diri orang yang didengkinya itu akan dihilangkan dan dipindahkan kepada dirinya. Dalam mencari helah itu dia tidak dapat tidur dengan nyenyak, kurang selera makan dan hatinya sentiasa gelisah sehingga nikmat yang ada terlucut daripadanya.
* Orang yang hasad itu dimurkai Allah kerana dia tidak redha dengan ketentuan Allah terhadap diri seseorang. Dia memprotes Tuhan kerana memberikan nikmat dan kesenangan kepada orang lain, tidak kepada dirinya.
* Kerana sikapnya yang buruk itu, Allah menghapuskan pahala kebajikan yang pernah dilakukannya. Ini dapat difahami menerusi hadis Rasulullah SAW., maksudnya: "Hasad itu memakan pahala amal-amal kebajikan sebagaimana api memakan kayu yang kering."
Bagi mangsa yang menjadi sasaran pendengki ini disarankan supaya bertenang dan teruskan saja usaha-usaha murni serta kehidupan. Hendaklah lebih bersopan santun selain berwaspada supaya tidak terjerumus ke dalam perangkap dipasang oleh pendengki. Jangan pula dibalas, kecuali untuk mempertahankan diri daripada binasa.
Jika hendak balas pun perbuatan pendengki itu biarlah mengikut perpatah dan pesan orang tua-tua: "Ular dipukul biar mati, kayu pemukul jangan patah, tanah dipukul jangan lekuk."
Kepada mereka yang selalu bersifat pendengki seperti ini, elok diberi peringatan bahawa ideologi pendengki yang mereka bawa itu akan memusnahkan bangsa Melayu.
Salam 1Malaysia, SILVER TEC SUPPLY Merupakan Pembekal dan Pemborong Jeruk Madu Penang Di Johor Dengan Mengunakan Jenama Jeruk Madu - Nur Kaseh.Jeruk Madu Keluaran usahawan bumiputera dan dijamin HALAL. Kilang yang dipantau FAMA serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Tidak mengakibatkan batuk, air jeruk yg jernih, tidak menggunakan gula sakarin sebaliknya menggunakan gula pasir serta campuran madu lebah. Sila hubungi kami untuk tempahan serta pertanyaan lanjut mengenai peluang perniagaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan